COVID-19: Kes Positif Kembali Cecah 2,000 Kes, Lapan Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif kembali cecah 2,000 kes, lapan kematian baharu dilaporkan

Setakat hari semalam, 5 Disember, kes positif COVID-19 terus bertambah melebihi 2,000 kes. Menurut KKM, sebanyak 2,027 kes positif baharu telah dilaporkan  Dengan itu, jumlah keseluruhan telah mencapai 122,845 kes.

Bagi kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 1,221 kes. Dengan itu, secara keseluruhannya kes sembuh telah mencapai 99,449 kes.

Untuk kes kematian, lapan lagi kes telah dilaporkan. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 509 kes kematian akibat pandemik ini.

Selain itu, Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 509 kes. Johor pula berada di tangga kedua dengan 428 kes diikuti Sabah 383 kes.

Hanya Perlis sahaja yang tidak melaporkan sebarang kes setakat hari semalam.

Sumber: Instagram KKM