COVID-19: Kes Positif Harian Cecah Angka 2,000

covid-19: kes positif harian cecah angka 2,000

Semalam, 21 Disember telah menyaksikan penambahan kes positif COVID-19 yang agak banyak. KKM telah melaporkan penambahan kes positif baharu sebanyak 2,018 kes. Daripada jumlah itu 2,011 daripadanya merupakan kes tempatan dan tujuh kes import.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah menyelesaikan 1,084 kes. Ini menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 78,393 kes.

Selain itu, angka kematian meningkat sebanyak satu kes. Secara kumulatifnya, kes kematian akibat pandemik ini adalah sebanyak 438 kes.

Selangor mencatatkan penambahan yang amat tinggi dengan 1,204 kes diikuti Johor (278) dan Sabah (247). Perlis dan Sarawak terus kekal sebagai negeri sifar kes positif COVID-19 untuk hari semalam.

Sumber: KKM