COVID-19: Kes Positif Baharu Menurun, Tiada Kematian Dalam Tempoh 24 Jam

covid-19: kes positif baharu menurun, tiada kematian dalam tempoh 24 jam

Sekitar jam 4 petang tadi, KKM telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Hari ini memperlihatkan kes positif baharu menurun dengan agak mendadak.

Hanya 38 kes positif baharu sahaja yang dilaporkan di seluruh negara. Secara kumulatifnya, 5780 kes positif telah dicatatkan di Malaysia semenjak wabak ini mula tular.

Kes sembuh pula mencatatkan 100 kes setakat jam 12 tengah hari tadi. Jumlah itu menjadikan 3,862 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM. Malaysia mempunyai kadar kesembuhan yang agak tinggi iaitu sebanyak 66.8 peratus dan ianya antara yang tertinggi di dunia.

Dalam perkembanga yang lain, tiada kes kematian yang dilaporkan dalam tmpoh 24 jam. Jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 98 kes.

Sumber: KKM