COVID-19: Kes Positif Baharu Meningkat Ke 122 Kes Dan Dua Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif baharu meningkat ke 122 kes dan dua kematian baharu dilaporkan

Kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dan berada melebihi angka 100 kes.

Untuk hari ini sahaja, terdapat 122 kes baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah tersebut menjadikan 6,298 kes secara kumulatif untuk negara ini.

Selain itu, KKM telah menyelesaikan 87 kes dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 4,413 kes. Buat masa ini, masih terdapat 1,780 kes aktif yang dirawat di hospital. 27 kes daripadanya ditempatkan di dalam ICU dan 13 kes diberikan bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, terdapat dua kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Dengan ini, Malaysia telah mencatatkan 105 kematian akibat wabak ini.

Sumber: twitter KKM