COVID-19: Kerajaan Akan Teliti Cadangan Untuk Membenarkan Pelajar IPT Pulang

covid-19: kerajaan akan teliti cadangan untuk membenarkan pelajar ipt pulang

Menteri Kanan, Dato’ Seri Ismail Sabri telah mengadakan sidang media harian berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam sidang media tersebut, beliau melaporkan kadar pematuhan PTP kekal sekitar 97 peratus. Selain itu, pihak berkuasa telah mengadakan 779 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan 490,249 buah kenderaan telah diperiksa.

Menurut beliau juga, 1,095 pesalah telah ditahan akibat mengingkari arahan PKP dan 815 pesalah telah dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000. Beliau turut menyatakan PDRM akan terus bertindak lebih tegas dan tidak akan berkompromi kepada individu yang tidak mahu atau mengingkari arahan PKP.

Dalam perkembangan yang lain, beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Menteri telah menerima cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghantar pelajar yang berada di kampus pulang ke kampung.

Bagaimanapun, pihak kerajaan akan meneliti terlebih dahulu cadangan tersebut memandangkan ia melibat pergerakan yang besar iaitu 80,000 pelajar di seluruh negara tidak termasuk mereka yang berada di luar kampus.