COVID-19: Kementerian Kesihatan Labelkan 6 Tempat Sebagai Zon Merah

covid-19: kementerian kesihatan labelkan 6 tempat sebagai zon merah

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa mana-mana tempat atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19 akan dilabel sebagai zon merah.

Langkah ini diambil supaya pihak KKM boleh memberi perhatian kepada daerah-daerah yang terjejas ini untuk pencegahan awal. Perkara ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas,
“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat.

“Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksidnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,” jelasnya.

Buat masa ini 6 daerah telah dikenalpasti dan diklasifikasikan sebagai zon merah:

  • Petaling Jaya (96 kes)
  • Lembah Pantai (90 kes)
  • Hulu Langat (75 kes)
  • Johor Bahru (52 kes)
  • Seremban (42 kes)
  • Titiwangsa (40 kes)

covid-19: kementerian kesihatan labelkan 6 tempat sebagai zon merah
Sumber: Astro Awani