‘Mereka Sekolah Agama, Saya Yakin Dia Nak Bermadu Untuk Elak Maksiat’ - Abby Abadi

Walaupun masih terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya, namun Abby Abadi percaya bahawa keputusan Marissa Dania untuk hidup bermadu adalah bagi mengelak maksiat memandangkan Marissa dan Aslam bersekolah agama sejak kecil. 

Menurut Abby, dia akui baru dapat menerima kenyataan berhubung perkahwinan mereka walaupun dulu dia tidak bersetuju dengan kehidupan berpoligami. 

“Saya tak tahu tentang orang lain, sejujurnya saya tak boleh berkongsi tapi benda yang saya tak nak, ujian itu kena pada anak saya Marissa.

“Semua orang pun kalau diberi pilihan mesti tak mahu berkongsi kasih sebab dulu saya pernah bersembang dan bergurau dengan dia untuk cari suami (kriteria) macam mana.

“Saya tak boleh jelaskan sampai sekarang kenapa dia pilih poligami. Mungkin masing-masing belajar agama, saya nampak mereka cari jalan halal untuk elakkan maksiat,” katanya.

Sumber: Kosmo