Aina Abdul Dikecam Nyanyi Lagu I Will Always Love You Di Majlis Perkahwinan

Penyanyi Aina Abdul dikecam sebilangan peminat di media sosial kerana menyanyikan sebuah lagu putus cinta di dalam sebuah majlis perkahwinan. 

Walaupun dipuji kerana berjaya menyampaikan lagu bernada tinggi, I Will Always Love You di majlis perkahwinan pempengaruh Athirah Kamaruzzzaman dengan suami, Emran Rijal, namun ramai juga yang tidak bersetuju lagu itu diyanyikan. 

 

 

“Ini bukan lagu yang tepat untuk sebuah majlis perkahwinan.

“Saya tak cakap pun Aina yang pilih lagu tapi lagu tersebut lagu untuk orang mati,” kata netizen dalam aplikasi X.

Pun begitu ada juga segelintir peminat yang berpendapat mungkin pasangan pengantin yang meminta Aina untuk menyanyikan lagu itu di majlis mereka. 

“Permintaan pengantin kan. Lagipun, ini bukan pertandingan bro.

“Orang fokus pada bahagian lirik akhir itu je. Tiada mnak tengok lirik satu per satu. Bergandung kepada POV (sudut pandang) seseorang,” tulis peminat. 

Sumber: Kosmo