‘Semua Pihak Boleh Move On’ - Ruhainies Sudah Putus Dengan Aliff Aziz

Pelakon Ruhainies baru-baru ini mengaku sudah tidak berhubung dengan Aliff Aziz sejak kontroversi hubungan mereka menjadi lebih parah. 

“Tutup buku lama, bina hidup baharu”, katanya. 

Menurut Ruhainies lagi, dia kini mahu melupakan kontroversi tersebut dan hanya mahu fokus kepada kariernya. 

“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya.

Ruhainies juga akui ada menghubungi Bella Astillah untuk memohon maaf namun panggilannya tidak diendahkan Bella. 

Namun Ruhainies yakin Bella sudah pun sedia maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka menerusi sebuah media baru-baru ini.

Sumber: Kosmo