Teruja Suami Hadiahkan Kereta Mewah, Tapi Atikah Suhaime Pula Tiada Lesen Memandu

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi berita gembira selepas suaminya,  Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah terpakai kepadanya. 

Menurut Atikah walaupun menerima kereta terpakai, dia masih tetap mahu mencantikkan bahagian luar kenderaan tersebut agar nampak seperti baharu. 

“Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pegi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.

“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru”, katanya.

 

 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah Atikah akui dia masih tidak mempunyai lesen memandu sehingga kini. 

“Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta,” ujarnya ringkas.

Sumber: Kosmo