Peminat Tumpang Gembira Lihat Nora Danish, Suami Keluar Makan Bersama

Walaupun rumah tangga didakwa goyah, pelakon Nora Danish dilihat masih meluangkan masa keluar bersama suami, Nedim Nazri. 

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Nedim yang dipercayai sanggup menunda perjalanannya ke Perak untuk urusan kerja demi  anak mereka, Mohamed Neqayl kurang sihat pada hari tersebut.

“Sepatutnya saya perlu bergerak awal untuk menghadiri mesyuarat di Perak tetapi saya diberitahu anak saya tidak sihat,” katanya. 

 

 

Menerusi perkongsian yang sama, dilihat Nedim bersama Nora dan anak mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran. 

Neyqal juga dilihat sangat ceria kerana dapat berjumpa bapanya. 

Bukan itu sahaja, Nedim juga turut berterima kasih kepada Nora atas kesudian meluangkan masa untuk bersama dengannya.

“Lihat keadaan dia apabila nampak daddy muncul. Sayang awak Ney, terima kasih Mommy (Nora),” ujarnya.

Sumber: Kosmo