‘Mahalini Bakal Masuk Islam, Perkahwinan Diadakan Pada 8 Mei’ - Sule

Kecoh sebelum ini mengenai berita pernikahan anaknya yang juga penyanyi Rizky Febian dengan Mahalini, akhirnya pelawak Indonesia Sule tampil memberi keterangan bahawa Mahalini akan memeluk Islam sebelum melangsungkan perkahwinan pada 8 Mei ini. 

Sule turut menegaskan khabar angin pernikahan mereka di Bali, Indonesia itu adalah tidak benar. 

“Berita yang tersebar tentang majlis resepsi adalah tidak benar sama sekali. Selepas ini (8 Mei) baru akan ada acara pernikahan.

“Acara mepamit pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini) meminta izin dia akan berpindah agama dan sudah diizinkan serta diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta,” katanya. 

Menurut Sule, upacara Mepamit yang dilangsungkan sebelum ini adalah adat meminang atau meminta izin keluarga untuk menikahi Mahalini. 

“Ini adalah acara mepamit. Kami keluarga lelaki meminta izin untuk meminang. Jika mahu lebih jelas, sila baca di Google supaya tiada salah faham,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, timbul isu perbezaan agama menjadi polemik selepas tiada pengesahan mengenai pernikahan mereka yang dikatakan tidak sah kerana Rizky dan Mahalini adalah berbeza agama. 

Sumber: Kosmo