COVID-19: KKM Terus Cemerlang, 222 Kes Lagi Berjaya Diselesaikan!

covid-19: kkm terus cemerlang, 222 kes lagi berjaya diselesaikan!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini status COVID-19 di negara ita sekitar jam 5 petang tadi.

Untuk hari ini, 118 kes positif baharu telah dilaporkan dan menjadikan 4,346 kes secara keseluruhan.

Selain itu, tiga kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan Malaysia telah melaporkan 70 kematian semenjak wabak ini mula tular di negara kita.

Sedikit berita gembira, KKM terus beraksi cemerlang apabila berjaya menyelesaikan 222 kes dan dibenarkan discaj. Secara keseluruhannya, KKM telah berjaya menyelesikan 1,830 kes sehingga hari ini.

Dalam perkembangan yang lain pula, masih terdapat 2,446 kes masih aktif dirawat. Daripada jumlah itu, 69 kes sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 40 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dari segi pecahan kes pula, Selangor terus mencatat kes tertinffi dengan 1,148 kes secara keseluruhan. KKM turut memaklumkan bahawa tiada kes penambahan dilaporkan dari negeri Perlis, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat jam 12pm hari ini.