COVID-19: Jumlah Zon Merah Meningat Ke 23 Kawasan

covid-19: jumlah zon merah meningat ke 23 kawasan

 

Bagi mengenalpasti kawasan yang mengandungi jumlah kes positif COVID-19 tertinggi, pihak kerajaan telah mengklafikasikan kepada 4 zon iaitu zon merah-41 kes ke atas, jingga- 20 hingga 40 kes, kuning- 1 hingga 19 kes dan hijau- tiada kes.

 Sehingga jam 12 tengah hari semalam, Malaysia telah menambah lagi beberapa zon merah dan menjadikan 23 kawasan ditandakan sebagai zon merah.

Lembah Pantai dilaporkan daerah dengan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 412 kes. Petaling dan Hulu Langat pula merupakan antara daerah yang tertinggi di Selangor dengan masing-masing mencatatkan 306 kes dan 345 kes.

Antara daerah lain yang turut diisytiharkan sebagai zon merah ialah Kota Bharu (85), Hilir Perak (66) Kinta (93), Putrajaya (43), Jasin (46), Rembau (47), Seremban (174), Batu Pahat (48), Johor Bahru (146), Kluang (174), Kuching (182), Kota Samarahan (42), Tawau (67) dan beberapa kawasan lagi.

Sehingga semalam, negara telah mencatatkan 3,963 kes positif COVID-19 secara keseluruhan semenjak wabak ini mula tular

covid-19: jumlah zon merah meningat ke 23 kawasan

covid-19: jumlah zon merah meningat ke 23 kawasan