COVID-19: Jumlah Kes Sembuh Lebih Tinggi Daripada Kes Positif Baharu

covid-19: jumlah kes sembuh lebih tinggi daripada kes positif baharu

Laporan harian COVID-19 pada har ini mungkin memberi harapan kepada kita semua apabila jumlah kes sembuh lebih tinggi daripada kes positif baharu yang dilaporkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 109 kes positif baharu yang telah dilaporkan. Jumlah tersebut menjadikan 4,228 kes secara keseluruhan.

 Manakala kes sembuh dan dibenarkan untuk discaj pula adalah sebanyak 121 kes. Secara keseluruhannya Malaysia telah berjaya menyelesaikan 1,608 kes.

Sehingga hari ini terdapat 2,553 pesakit positif COVID-19 yang masih dirawat. 72 kes daripadanya berada di dalam ICU dan 43 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, 2 kes melibatkan kematian telah dilaporkan. Secara kumulatifnya, Malaysia telah mencatatkan 67 kes kematian secara keseluruhan semenjak wabak ini mula tular.

Jadi, kepada kawan-kawan semua kita boleh menang melawan virus ini. Terus berada di dalam rumah dan putuskan segala rantaian yang merisikokan penyebaran wabak ini.

 

Sumber: KKM