COVID-19: Jumlah Kes Sembuh Lebih Banyak Daripada Kes Positif Baharu

covid-19: jumlah kes sembuh lebih banyak daripada kes positif baharu

Sekitar jam 5 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini jumlah harian COVID-19.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, KKM berjaya menyelesaikan 168 kes. Jumlah tersebut mengatasi kes positif baharu harian iaitu sebanyak 134 kes.

Secara keseluruhannya, jumlah kes sembuh di Malaysia telah mencecah 2,276 kes di seluruh negara. Manakala, jumlah kes positif secara kumulatifnya adalah sebanyak 4,817 kes semenjak wabak itu mula tular di negara kita.

Sehingga hari ini, masih terdapat 2,464 kes masih dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 66 kes ditempatkan di dalam ICU dan 36 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM juga telah melaporkan satu kematian baharu dalam tempoh 24 jam. Jumlah tersebut menjadikan angka kematian aibat wabak ini adalah sebanyak 77 kes.

Sumber: KKM