COVID-19: Jumlah Kes Positif Meningkat, Tiada Kematian Dilaporkan

covid-19: jumlah kes positif meningkat, tiada kematian dilaporkan

Status COVID-19 untuk hari ini telah dikemaskini oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar jam 4.30 petang tadi. Berdasarkan laporan, jumlah kes positif meningkat namun masoh belum mencecah angka 100.

Setakat jam 12 tengah hari ini, 94 kes positif baharu telah dilaporkan oleh pihak KKM. Secara kumulatifnya, kes positif yang telah didaftarkan di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 55 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,087 kes. Sehingga hari ini, terdapat 1758 kes yang masih aktif dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 40 kes ditempatkan di ICU dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, tiada rekod kematian dicatatkan setakat 24 jam yang lepas. Jumlah kumulatif kes kematian kekal di angka 100 kes.

Biarpun sesetengah sector sudah memulakan operasi dan kerajaan melonggarkan sedikit dari segi jumlah ahli keluarga untuk membeli barang keperluan, namun harus diingatkan bahawa kita masih belum berjaya memutuskan rangkaian. Jadi, amalkan penjarakan sosial serta jaga kebersihan pada tahap maksimum.

Sumber: KKM