COVID-19: Jumlah Kematian Mencecah Lebih 100 Ribu Di Seluruh Dunia

covid-19: jumlah kematian mencecah lebih 100 ribu di seluruh dunia

Sekitar jam 5 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini jumlah kes COVID-19 di negara kita.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, 184 kes positif baharu telah dilaporkan dan menjadikan 4,530 kes positif keseluruhan semenjak COVID-19 tular di negara kita. Daripada jumlah itu 72 sedang berada di ICU dengan 38 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, jumlah kematian turut bertambah pada hari ini apabila tiga kematian baru telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan adalah sebanyak 73 kes di seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan yang lain, jumlah kes positif di seluruh dunia terus meningkat dan mencecah 1,696,323 kes. Manakala jumlah kematian pula mencecah 102,672 kes secara keseluruhan. Kes berjaya dirawat pula adalah sebanyak 376,365 ke yang melibatkan 184 negara.

Sumber: KKM