COVID-19: Hanya 85 Kes Positif Baharu Yang Dilaporkan, 169 Kes Lagi Berjaya Diselesaikan

covid-19: hanya 85 kes positif baharu yang dilaporkan, 169 kes lagi berjaya diselesaikan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini akan jumlah terkini kes COVID-19 di negara kita. Hari ini agak menggembirakan apabila jumlah kes positif baharu tidak mencecah angka 100.

Menurut KKM, hanya 85 kes positif dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini. Maka, jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,072 kes. Selain itu, kes sembuh pula sebanyak 169 kes dan menjadikan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,647 kes.

Bagaimanapun, terdapat satu kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian akibat wabak ini secara keseluruhannya adah sebanyak 83. Berdasarkan laporan KKM, kes kematian ini adalah kes ke 4988 dan mempunyai penyakit kencing manis serta darah tinggi.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas!

Sumber: KKM