COVID-19: AME Salurkan Wang Daripada Undian Ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19

covid-19: ame salurkan wang daripada undian ke tabung bantuan frontliners covid-19

Sebagai mana korang dah maklum, anugerah tahunan Anugerah MeleTOP ERA (AME) turut terjejas dek penularan wabak COVID-19. Biarpun malam kemuncak tidak dapat diadakan seperti mana yang telah dijadualkan, namun sesi pengundian fasa kedua tetap diteruskan.

Bagaimanapun, produksi AME 2020 telah mengambil keputusan untuk menyalurkan wang yang diperoleh melalui undian fasa kedua ini menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19. Tabung tersebut dikendalikan oleh Sinar Harian.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak produksi melalui satu posting Instagram meleTOP. Sesi pengundian fasa kedua telah pun bermula pada 3 Mac yang lalu dan akan ditutup pada 31 Mac ini.

Selain itu, AME 2020 turut memaklumkan bahawa mereka akan mengumumkan tarikh baharu, lokasi dan butiran lanjut akan malam kemuncak selepas pandemic COVID-19 ini kembali reda.

Btw, teruskan mengundi artis kegemaran korang sehingga lah tarikh tutup ok?

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Melihat kepada situasi pandemik COVID-19 yang berterusan di Malaysia, pihak produksi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) mengambil keputusan untuk menyalurkan kutipan terkumpul dari undian fasa kedua menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS* ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 yang dikendalikan oleh Sinar Harian . Seiring dengan keputusan yang dibuat ini, kesemua kaedah talian undian fasa kedua bagi penganjuran AME 2020 juga akan ditutup secara rasmi pada 31 Mac 2020, Selasa, jam 6.00 petang. Ini termasuklah undian menerusi kiriman SMS, mahupun di platform online www.anugerahmeletopera.com.my dan di aplikasi SYOK . Kutipan yang bakal disalurkan adalah dari undian SMS sejak pembukaan fasa kedua yang bermula pada 3 Mac lalu sehingga tarikh tutup undian pada 31 Mac ini. Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 akan dibuat selepas talian undian ditutup, mengikut kepada perancangan asal . Pengumuman terkini berkenaan tarikh baharu, lokasi dan butiran lanjut mengenai penganjuran AME 2020 hanya boleh dibuat apabila situasi getir kemelut pandemik COVID-19 pada ketika ini kembali reda. Pihak AME 2020 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kerana anda telah memberi sumbangan kepada Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 melalui kiriman SMS anda. Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perubahan yang berlaku ini . *tidak termasuk caj yang dikenakan pihak syarikat telekomunikasi yang terlibat . Untuk sebarang informasi terkini mengenai AME 2020, sila layari www.anugerahmeletopera.com.my

A post shared by MeleTOP (@meletop) on