COVID-19: 834 Kes Positif, Kes Sembuh Lebih Tinggi Daripada Kes Positif Baharu

covid-19: 834 kes positif, kes sembuh lebih tinggi daripada kes positif baharu

2 November menyaksikan lagi 834 kes positif baharu telah dicatatkan untuk kes jangkitan COVID-19. Secara keseluruhannya, Malaysia telah merekodkan 33,339 kes sepanjang virus ini mula merebak. Daripada jumlah itu, 831 kes merupakan penularan tempatan dan 3 kes import.

Bagaimanapun, KKM telah mencipta sejarah apabila kes sembuh baharu melebihi angka kes positif. Sehingga semalam, 900 kes baharu telah diselesaikan dan secara kumulatifnya 23,120 kes telah berjaya diselesaikan.

Namun, terdapat dua kematian baharu direkodkan sehingga semalam. Secara keseluruhannya, kes kematian adalah sebanyak 251 kes.

Sumber: Twitter KKM