Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 3,847 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia pada 6 Februari 2021.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat kepada 238,721 kes, dengan kes aktif kini sebanyak 50,894 kes. Perincian status terkini COVID-19 pada 6 Feb adalah seperti berikut:
- Kes sembuh=1,692
- Jumlah kes sembuh=186,970 kes
- Kes baharu positif=3,847 kes (3,843 tempatan, 4 import)
- Jumlah positif=238,721
- Kes kematian=12
- Jumlah kes kematian=857 kes
- Kes dirawat di ICU=305 kes
- Bantuan Alat Pernafasan=139
Selain itu, KKM turut melaporkan terdapat 12 lagi kluster baharu, dimana 11 daripadanya melibatkan tempat kerja manakala 1 kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi. Jumlah kes baharu daripada kesemua kluster ini adalah sebanyak 265 kes. Perincian setiap kluster baharu adalah seperti yang berikut:
Sumber: KKM