COVID-19: 50 Kes Positif Baharu Dilaporkan Dan 1 Kes Kematian Baharu

covid-19: 50 kes positif baharu dilaporkan dan 1 kes kematian baharu

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Secara keseluruhannya, jumlah kes positif bertambah namun masih di bawah paras 100 kes.

KKM telah melaporkan terdapat 50 kes positif baharu di seluruh Malaysia. Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan adalah sebanyak 5,532 kes.

Selain itu, jumlah kes sembuh pula terus meningkat. Setakat jam 12 tengah hari, KKM telah menyelesaikan 103 kes. Secara kumulatifnya, KKM telah berjaya menyelesaikan 3,452 kes.

Dalam perkembangan yang lain, satu kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Maka, kes keseluruhan melibatkan kematian adalah sebanyak 93 kes.

Terima kasih buat seluruh pejuang negara. Diharapkan kedatangan Ramadan akan datang dapatlah mengurangkan kadar penularan COVID-19 di negara kita.

Sumber: KKM