KKM Kesan Strain Virus B.1.1.7 Pada Warga Tempatan Pulang Dari UAE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah mengesan variasi virus COVID-19 dari UK, yang juga dikenali sebagai B.1.1.7

kkm kesan strain virus b.1.1.7 pada warga tempatan pulang dari uae

Menurut KKM, kehadiran strain virus itu dikesan pada warga tempatan yang baru pulang dari UAE.

Malah, menerusi infografik KKM sebelum ini, terdapat mutasi pada protein pepaku pada B.1.1.7 ini yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel, menjadikan varian jenis ini lebih mudah merebak dan lebih tinggi beban virus.

kkm kesan strain virus b.1.1.7 pada warga tempatan pulang dari uae

Selain itu, KKM turut melaporkan terdapat 3,391 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada 5 Februari 2021, menjadikan jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 234,874 kes. Perincian kes COVID-19 setakat 5 Februari 2021 adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh = 3,392
  • Jumlah kes sembuh = 185,278 kes
  • Kes baharu positif = 3,391 kes (3,387 tempatan, 4 import)
  • Jumlah positif = 234,874
  • Kes kematian = 19
  • Jumlah kes kematian = 845 kes
  • Kes dirawat di ICU = 310 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan = 134

Selangor masih menjadi penyumbang terbesar kes COVID-19 di Malaysia dengan pertambahan sebanyak 1,228 kes baharu.

kkm kesan strain virus b.1.1.7 pada warga tempatan pulang dari uae

Sumber: KKM