COVID-19: 4 Kematian Baru Dilaporkan, 6 Anggota Polis Positif

covid-19: 4 kematian baru dilaporkan, 6 anggota polis positif

21 Mac merupakan hari yang agak suram buat Malaysia apabila jumlah kematian yang dilaporkan akibat COVID-19 meningkat mendadak. Sehingga jam ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan 8 kematian semenjak wabak ini mula tular di negara.

Dalam pada masa yang sama, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula mengesahkan enam anggota polis telah didapati positif COVID-19 ketika bertugas. Akibatnya, seramai 335 ahli keluarga PDRM tersebut sedang menanti keputusan saringan kesihatan.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula telah mengesahkan salah seorang anggota daripada KD Mahawangsa telah disyaki menghidap COVID-19. Rentetan perkara tersebut, beliau telah diletakan sebagai Person Under Investigation (PUI) buat masa ini.

covid-19: 4 kematian baru dilaporkan, 6 anggota polis positif