COVID-19: 31 Kes Positif Baharu Dilaporkan, Kes Kematian Cecah 100

covid-19: 31 kes positif baharu dilaporkan, kes kematian cecah 100

Status COVID-19 untuk hari ini telah dikemaskini oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar jam 4.30 petang tadi.

Untuk hari ini, 31 kes positif baharu telah dilaporkan oleh pihak KKM sehingga jam 12 tengah hari tadi. Secara kumulatifnya, kes positif yang telah didaftarkan di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 75 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,032 kes. Sehingga hari ini, terdapat 1719 kes yang masih aktif dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 36 kes ditempatkan di ICU dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, terdapat satu kematian telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah tersebut menjadikan angka kes kematian mencecah 100 kes.

Sumber: KKM