COVID-19: Angka Kes Positif COVID-19 Terus Melebihi 5,000 Kes Sehari

covid-19: lagi 1,741 kes positif baharu dilaporkan, 7 kematian baharu dicatatkan

Untuk hari semalam, angka kes positif harian terus melepasi paras 5,000 kes seperti mana yang dilaporkan. Malah, angka baharu ini merupakan yang tertinggi dilaporkan memadamkan rekod dua hari lepas.

Untuk hari semalam, KKM melaporkan lagi 5,728 kes positif baharu telah dilaporkan dan jumlah itu menjadikan 209,661 kes telah didaftarkan.Daripada jumlah itu, 5,723 daripadanya merupakan kes tempatan dan lima kes import. Kes sembuh pula mencapai 3,805 kes dan kumulatifnya sudah 161,527 kes telah diselesaikan.

KKM turut melaporkan jumlah kes aktif sebanyak 47,388 kes. Daripada jumlah itu 319 kes ditempatkan di ICU dan 120 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, KKM juga turut melaporkan 13 kematian baharu dan secara rasminya, angka kematian mencapai 746 kes.

Sumber: Instagram KKM