Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,284 lagi kes baru COVID-19 di Malaysia setakat jam 12 tengahari, 3 Februari 2021.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia terus meningkat kepada 226,912 kes. Perincian jumlah terbaru COVID-19 setakat 3 Februari 2021 adalah seperti berikut:
- Kes sembuh = 3,804
- Jumlah kes sembuh = 177,794 kes
- Kes baharu positif = 4,284 kes (4,278 tempatan, 6 import)
- Jumlah positif = 226,912
- Kes kematian = 18
- Jumlah kes kematian = 809 kes
- Kes dirawat di ICU = 307 kes
- Bantuan Alat Pernafasan = 141
KKM turut melaporkan terdapat 13 lagi kluster baharu COVID-19, dimana 12 daripadanya adalah berkaitan tempat kerja dan 1 daripada pusat tahanan. Perincian 13 kluster baharu COVID-19 adalah seperti tertera:




Sumber: KKM