COVID-19: Kes Positif Harian Tertinggi Dilaporkan, 5,000 Lebih Kes Baharu Dicatatkan

covid-19: lagi 1,247 kes positif covid-19 dan tiga kematian baharu dilaporkan

Untuk 29 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan kes positif harian tertinggi. Malah, buat pertama kalinya, angka kes positif harian melebihi 5,000 kes.  

Kes positif baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 5,725 kes. Daripada jumlah itu, 5,718 daripadanya merupakan kes tempatan dan tujuh kes import.

Selain itu, kematian baharu pula meningkat kepada 733 kes selepas KKM memaklumkan terdapat 16 kematian baharu yang dilaporkan akibat pandemik ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mencecah 203,933 kes setakat semalam.

Angka kes sembuh mencecah 157,722 kes selepas KKM melaporkan 3,432 kes. Jumlah kes aktif turut meningkat kepada 45,478 kes. 301 kes merupakan jumlah kes ICU dan 115 diberikan bantuan alat pernafasan. 

 Sumber: KKM