COVID-19: Kes Positif Kembali Cecah 4,000 Kes, 10 Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif kembali cecah 2,000 kes, lapan kematian baharu dilaporkan

Setakat hari semalam, 29 Januari 2021, kes positif COVID-19 terus bertambah dan kembali melebihi 4,000 kes. Menurut KKM, sebanyak 4,094 kes positif baharu telah dilaporkan  Dengan itu, jumlah keseluruhan telah mencapai 198,208 kes.

Bagi kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 3,281 kes. Dengan itu, secara keseluruhannya kes sembuh telah mencapai 154,299 kes.

Untuk kes kematian, 10 lagi kes telah dilaporkan. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 717 kes kematian akibat pandemik ini.

Selain itu, Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes. Johor pula berada di tangga kedua dengan 717 kes diikuti Kuala Lumpur 678 kes.

Hanya Perlis sahaja yang tidak melaporkan sebarang kes setakat hari semalam.

Sumber: Instagram KKM