Lagi 3,048 Kes Positif Baharu Dicatatkan, 11 Kematian Baharu Dilaporkan

lagi 1,594 kes positif baharu dicatatkan, hanya perlis dan labuan tiada kes

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, 25 Januari 2021, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 3,048 kes. Daripada jumlah itu, 3,040 merupakan kes tempatan dan lapan merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 186,849 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 3,638 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdapat 145,084 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan 11 kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 689 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes baharu diikuti Johor (529) dan Sabah (348). Hanya Wilayah Persekutuan Labuan sahaja yang tidak melaporkan sebarang kes baharu untuk hari semalam.

Sumber: KKM