COVID-19: Kes Positif Terus Melebihi 3,000 Kes, 11 Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: lagi 1,741 kes positif baharu dilaporkan, 7 kematian baharu dicatatkan

Angka kes positif harian terus melepasi paras 3,000 kes sehingga hari semalam. Lagi 3,346 kes positif baharu telah dilaporkan dan jumlah itu menjadikan 183,801 kes telah didaftarkan.

Daripada jumlah itu, 3,339 daripadanya merupakan kes tempatan dan tujuh kes import. Kes sembuh pula mencapai 4,427 kes dan kumulatifnya sudah 141,446 kes telah diselesaikan.

KKM turut melaporkan jumlah kes aktif sebanyak 41,677 kes. Daripada jumlah itu 265 kes ditempatkan di ICU dan 102 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, KKM juga turut melaporkan 11 kematian baharu dan secara rasminya, angka kematian mencapai 678kes.

Sumber: Instagram KKM