COVID-19: 2,335 Kes Positif Dilaporkan, Jumlah Kes Baharu Tertinggi Harian

covid-19: 2,335 kes positif dilaporkan, jumlah kes baharu tertinggi harian

KKM telah melaporkan bahawa jumlah kes positif COVID-19 baharu untuk hari semalam merupakan kes baharu tertinggi harian.

Setakat 26 Disember, kes positif baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 2,335 kes. Daripada jumlah itu, 2,324 daripadanya merupakan kes tempatan dan 11 kes import.

Selain itu, kematian baharu pula meningkat kepada 451 kes selepas KKM memaklumkan terdapat 2 kematian baharu yang dilaporkan akibat pandemik ini.

Setakat semalam, negara kita sudah mencatatkan 103,900  kes semenjak pandemik ini mula tular.

Sumber: KKM