COVID-19: 18 Kematian Dicatatkan, Jumlah Kematian Harian Tertinggi Dicatatkan

covid-19: kes positif harian cecah angka 2,000

Semalam, 22 Januari telah menyaksikan kes kematian harian tertinggi dicatatkan. KKM telah melaporkan terdapat 18 kes kematian untuk semalam sahaja. Keseluruhanya, kes kematian telah mencapai 660 kes kematian.

KKM telah melaporkan penambahan kes positif baharu sebanyak 3,631 kes. Daripada jumlah itu 3,625 daripadanya merupakan kes tempatan dan enam kes import.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah menyelesaikan 2,554 kes. Ini menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 132,706 kes.

Selangor mencatatkan penambahan tertinggi dengan 782 kes diikuti Johor (466) dan Sabah (453). 

Sumber: KKM