Lagi 3,170 Kes Positif Baharu Dicatatkan, 12 Kematian Baharu Dilaporkan

lagi 1,594 kes positif baharu dicatatkan, hanya perlis dan labuan tiada kes

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, 21 Januari 2021, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 3,170 kes. Daripada jumlah itu, 3,162 merupakan kes tempatan dan lapan merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 172,549 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 2,490 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdapat 130,152 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan 12 kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 642 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan negeri tertinggi dengan 576 kes baharu diikuti Selangor (545) dan Johor (423). 

Sumber: KKM