COVID-19: 202 Kes Berjaya Diselesaikan Dalam Masa Satu Hari! Tahniah KKM!

covid-19: 202 kes berjaya diselesaikan dalam masa satu hari! tahniah kkm!

Sekitar jam 5 petang tadi, Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini data COVID-19 di negara kita.

Sedikit khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila jumlah kes sembuh pada hari ini lebih banyak daripada kes positif yang dilaporkan. Setakat jam 12 tengah hari, KKM berjaya menyelesaikan 202 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan 2,478 kes.

Jumlah kes positif untuk hari ini pula adalah sebanyak 170 kes. Secara kumulatifnya, Malaysia telah merekodkan 4,987 kes semenjak wabak ini mula tular.

Bagaimanapun, melihat kepada peratusan kes sembuh, statistic menunjukkan Malaysia berjaya mencapai 49.7% iaitu menghampiri separuh.

Dalam perkembangan yang lain pula, lima kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah ini menjadikan Malaysia telah mencatatkan 82 kes semenjak wabak ini mula menyerang dunia.

Apa-apa pun terima kasih dan tahniah kepada seluruh petugas KKM dan barisan hadapan negara yang bertungkus lumus melawan wabak ini. Buat seluruh rakyat, teruskan berada di dalam rumah kerana hanya kita sahaja yang akan menentukan keadaan semasa.

Sumber: KKM