COVID-19: Kes Positif Kembali Cecah 4,000 Kes, 16 Kluster Baharu Dilaporkan

covid-19: lagi 1,741 kes positif baharu dilaporkan, 7 kematian baharu dicatatkan

Angka kes positif harian kembali melepasi paras 4000 kes sehingga hari semalam. Lagi 4,008 kes positif baharu telah dilaporkan dan jumlah itu menjadikan 169,379 kes telah didaftarkan.

Daripada jumlah itu, 4,003 daripadanya merupakan kes tempatan dan lima kes import. Kes sembuh pula mencapai 2,374 kes dan kumulatifnya sudah 127,662 kes telah diselesaikan.

KKM turut melaporkan jumlah kes aktif sebanyak 41,087 kes. Daripada jumlah itu 246 kes ditempatkan di ICU dan 96 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, KKM juga turut melaporkan 11 kematian baharu dan secara rasminya, angka kematian mencapai 630 kes.

KKM juga melaporkan 16 kluster baharu. Antaranya ialah Jalan Seroja, Tampoi Lima, Tapak Bina Jalan Digital, Tapak Bina Jalan Abdul Aziz, Jalan Niaga, Kampung Balibata, Jalan KKIP Selatan, Sungai Ibor, Persiaran Tasek, Sawmill Luit, Jalan Usaha, Jalan Sejahtera, Bukit Gelugor, Batu Enam, Bestari Rantau, Tapak Bina Bukit Sebukor,

Sumber: Instagram KKM