COVID-19: Jumlah Kes Maut Harian Tertinggi Dicatatkan Sejak Bermula Pandemik

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 3,455 lagi kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia pada 2 Februari 2021, setakat jam 12 tengah hari.

covid-19: jumlah kes maut akibat tertinggi sejak bermula pandemik

Berikut adalah perincian status terkini kes COVID-19 di Malaysia:

  • Kes sembuh : 3,661 kes (173,990 kes kumulatif, 78.2%);
  • Kes baharu : 3,455 kes (222,628 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,450 kes [2,068 warganegara (59.9%); 1,382 bukan warganegara (40.1%)];
  • Kes aktif : 47,847 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 327 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 145 kes; dan
  • Kes kematian : 21 kes (791 kes kumulatif , 0.36%)

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes kematian yang dicatatkan hari ini adalah kes harian tertinggi sejak bermulanya pandemik di Malaysia.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu (1) kes di Kedah. Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

Sumber: KKM