COVID-19: 1,937 Kes Positif Baharu, 9 Kematian Dicatatkan

covid-19: 1,937 kes positif baharu, 9 kematian dicatatkan

Nampaknya angka kes COVID-19 terus meningkat. Untuk hari semalam, 12 Disember, angka kes positif COVID-19 yang dicatatkan adalah sebanyak 1,937 kes. Daripada jumlah itu, 1,935 kes merupakan kes tempatan dan 2 kes import.

Kes sembuh yang dimaklumkan pula adalah sebanyak 911 kes. Secara keseluruhannya, 68,084 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM.

Bagaimanapun, angka kematian turut menambah apabila 9 lagi kes kematian dilaporkan. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 411 kes kematian akibat COVID-19 ini.

 

 

Sumber: Instagram KKM