COVID-19: Kes Positif Terus Cecah 3000 Kes, 14 Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif kembali cecah 2,000 kes, lapan kematian baharu dilaporkan

Setakat hari semalam, 19 Januari 2021, kes positif COVID-19 terus bertambah melebihi 3,000 kes. Menurut KKM, sebanyak 3,631 kes positif baharu telah dilaporkan  Dengan itu, jumlah keseluruhan telah mencapai 165,371 kes.

Bagi kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 2,944 kes. Dengan itu, secara keseluruhannya kes sembuh telah mencapai 125,288 kes.

Untuk kes kematian, 14 lagi kes telah dilaporkan. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 619 kes kematian akibat pandemik ini.

Selain itu, Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes. Sabah pula berada di tangga kedua dengan 526 kes diikuti Kuala Lumpur, 521 kes.

Sumber: Instagram KKM