COVID-19: 153 Kes Positif Baharu, 3 Kematian Baru Dilaporkan Dalam Tempoh 24 Jam

covid-19: 153 kes positif baharu, 3 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Sekitar jam 5 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini statistic COVID-19 di seluruh negara.

Hingga jam 12 tengah hari tadi, KKM telah melaporkan 153 lagi kes positif baharu wabak tersebut. Secara kumulatifnya Malaysia telah merekodkan 4683 kes positif secara keseluruhan.

Bagaimanapun, KKM telah berjaya menyelesaikan 113 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan kes sembuh sebanyak 2,108 kes di seluruh negara. Sehingga hari ini 2,499 pesakit masih lagi aktif dirawat. 66 kes daripadanya ditempatkan di ICU dan 37 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain,tiga kes kematian baharu telah dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam.  Ini menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 adalah sebanyak 76 kes kematian semenjak wabak ini mula menular.

Sumber: KKM