COVID-19: 3,211 Kes Positif Baharu, 8 Kematian Dicatatkan

covid-19: 1,153 kes positif baharu, 1 kematian dicatatkan

Nampaknya kes harian COVID-19 kembali melebihi 3,000 angka. Setakat 15 Januari 2021, terdapat penambahan kes sebanyak 3,211 kes. Daripada jumlah itu, 3,206 merupakan kes tempatan dan lima kes import. Jumlah kumulatif untuk kes COVID-19 di negara kita telah mencapai 151,066 kes.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 1,939 kes. Secara keseluruhannya sudah terdapat 115,227 untuk kes sembuh.

Untuk hari semalam juga, KKM melaporkan lapan kematian baharu. Ini menjadikan kes kematian berjumlah 586 kes semenjak wabak ini mula tular.

Sumber: Instagram KKM