Kes Sembuh Tertinggi Pernah Dilaporkan, Bilangan Kes Baharu Juga Menurun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes discaj tertinggi dicatatkan setakat 14 Feb iaitu sebanyak 4,525 kes.

kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan, bilangan kes baharu juga menurun

Ia sekaligus menjadikan jumlah kes sembuh di Malaysia kini meningkat kepada 213,814 kes, iaitu bersamaan 80.9% daripada jumlah keseluruhan kes.

 

Malah, pada 14 Feb juga, bilangan kes baharu menurun kepada 2,464 kes, dimana 3 daripadanya melibatkan kes import. Perincian status terkini COVID-19 di Malaysia pada 14 Feb adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh=4,525
  • Jumlah kes sembuh=213,814 kes
  • Kes baharu positif=2,464 kes (2,461 tempatan, 3 import)
  • Jumlah positif=264,269
  • Kes kematian=7
  • Jumlah kes kematian=965 kes
  • Kes dirawat di ICU=260 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=111

 

Dukacita dimaklumkan terdapat 7 lagi kes maut akibat COVID-19, menjadikan jumlah kes kematian kini sebanyak 965 kes.

kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan, bilangan kes baharu juga menurun

Sumber: KKM