COVID-19: 1,229 Kes Positif Baharu, 4 Kematian Dicatatkan

covid-19: 1,229 kes positif baharu, 4 kematian dicatatkan

Biarpun angka kes positif COVID-19 menurun, namun bilangannya terus melebihi angka 1000 kes. 13 Disember mencatatkan lagi penambahan sebanyak 1,229 kes positif. Daripada jumlah itu, 1227 daripadanya merupakan kes tempatan dan dua lagi kes import. Secara keseluruhannya, kes positf COVID-19 telah pun mencapai 83,475 kes.

Untuk hari semalam, jumlah kes sembuh melebihi kes positif apabila 1,309 kes lagi telah berjaya diselesaikan. Secara keseluruhannya, kes sembuh di Malaysia telah mencatatkan 69,393 kes.

Bagaimanapun, terdapat 4 kes kematian yang dicatatkan untuk hari semalam. Menurut laporan KKM, terdapat 415 kes kematian sehingga hari ini semenjak wabak ini mula menular.

Sumber: KKM