COVID-19: 1,153 Kes Positif Baharu, 1 Kematian Dicatatkan

covid-19: 1,153 kes positif baharu, 1 kematian dicatatkan

Nampaknya kes harian COVID-19 terus melebihi 1,000 angka. Setakat 19 Disember, terdapat 1,153 kes baharu. Daripada jumlah itu, 1,151 merupakan kes tempatan dan 2 kes import. Jumlah kumulatif untuk kes COVID-19 di negara kita telah mencapai 91,969 kes.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 998 kes. Secara keseluruhannya sudah terdapat 706,241 untuk kes sembuh.

Untuk hari semalam juga, KKM melaporkan satu kematian baharu. Ini menjadikan kes kematian berjumlah 433 kes semenjak wabak ini mula tular.

Sumber: Instagram KKM