COVID-19: 110 Kes Positif Baharu Dilaporkan, 119 Kes Sembuh Dan 1 Kematian Baharu

covid-19: 110 kes positif baharu dilaporkan, 119 kes sembuh dan 1 kematian baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini akan status COVID-19 di negara kita. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 110 kes baharu telah dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebnyak 5,182 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh lebih banyak berbanding kes positif iaitu sebanyak 119 kes. Secara kumulatifnya, kes sembuh di Malaysia relah mencatatkan 2,766 kes.

 

Sehingga hari ini, terdapat 2,332 kes masih lagi dirawat. Daripada jumlah itu, 56 kes ditempatkan di ICU dan 29 kes daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 84 kes apabila 1 kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Jom lah sama-sama kita hapuskan COVID-19 ni dengan terus berada di dalam rumah.

Sumber: KKM