COVID-19: 2,433 Kes Baharu, Semua Negeri Laporkan Kes Positif

covid-19: 1,220 kes positif baharu dilaporkan, lagi 6 kluster ditamatkan

11 Januari 2021, angka kes positif baharu terus melebihi angka 2,000. Untuk hari semalam, lagi 2,433 kes baharu telah dilaporkan. Secara kumulatifnya sudah terdapat 135,992 kes COVID-19 di negara kita.

Setakat semalam juga, lagi 1,277 kes sembuh telah dilaporkan. Secara keseluruhannya kes sembuh COVID-19 di negara kita telah mencapai 108,109 kes.

Selain itu, KKM juga telah melaporkan 9 kematian baharu melibatkan virus ini. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 551 kes kematian akibat pandemik ini di negara kita. 

Statistik semalam juga menunjukkan semua negeri melaporkan kes positif baharu. Sebelum ini Perlis tidak mendaftar apa-apa kes namun untuk hari semalam terdapat lima kes positif baharu. Selangor menjadi negeri tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 730 kes.

 

Sumber: Instagram KKM