3,339 Kes Positif Baharu Dilaporkan, Kes Aktif Sebanyak 37,782

1,925 kes positif baharu dilaporkan, kes aktif sebanyak 21,443

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 3,339kes. Daripada jumlah itu, 3,324 merupakan kes tempatan dan 15 merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 158,434 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 2,676 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdaoat 120,051 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan tujuh kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 601 kes.

Bukan itu sahaja, sehingga semalam juga KKM melaporkan terdapat 37,782 untuk kes aktif. 240 merupakan kes yang ditempatkan di dalam ICU termasuklah 93 kes yang memerlukan bantuan aat pernafasan.

 Sumber: KKM