Boleh Buat Aktiviti Dekat Kolam Renang, KBS Keluarkan SOP Untuk Sukan Dan Rekreasi

boleh buat akviti dekat kolam renang, kbs keluarkan sop untuk sukan dan rekreasi

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengeluarkan SOP terkini untuk aktiviti sukan. SOP ini bermula pada 7 Disember di seluruh negara kecuali Sabah.

Antara aktiviti sukan yang sudah boleh dilakukan ialah aktiviti sukan dan rekreasi air di kolam renang. Bagaimanapun, korang semua perlu mematuhi penjarakan fizikal. Aktiviti ini juga tidak lagi tersenarai sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan atau dilarang.

Selain itu, KBS juga menetapkan kapasiti maksimum dalam premis aktiviti sukan. Hanya 50% daripada kapasiti maksimum sahaja dibenarkan untuk berada di dalam premis itu.

Namun, KBS juga telah melarang beberapa aktiviti seperti berkelah, aktiviti bersentuhan fizikal/ sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/ pertandingan.

Acara sukan dan pertandingan yang melibatkan kehadiran penonton serta sukan melibatkan peserta dari luar negara juga tidak dibenarkan lagi.

Sumber: Astro Radio News