Bagi menghalang orang luar keluar masuk dengan bebas ke kampung mereka, masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 mengambil langkah tersendiri iaitu dengan melakukan sekatan. Caranya adalah dengan membina besi penghadang jalan dan pondok keselamatan.
Menurut penghulu kampung tersebut, Raina Anjang, “Kita bimbang kerana bilangan kes yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, justeru kita perlu lakukan sesuatu untuk menghalang orang luar bebas keluar masuk ke kampung ini.
“Kita harap, dengan cara ini tiada orang luar yang masuk ke kampung ini tanpa sebab yang munasabah, lebih-lebih lagi sekatan pergerakan penuh sudah dikuatkuasakan kerajaan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, para penduduk akan bergilir-gilir bertugas menjaga sekatan jalan berkenaan dan sudah tentunya, mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Sumber: [1]